31 Mar 2012

Trip To Amsterdam, Holland (Part 3)

Assalammualaikum
Salam dihujung minggu buat semua. Hari ni saya tak keluar kemana-mana pun cuma melepak kat umah jer. Jarang juga saya update blog masa hari weekend gini sebab biasanya weekend jarang nak dok umah ada jer program kat luar dgn mr.hubby. Tapi hari ni rasa malas sangat nak keluar lagipun baru blk cuti Amsterdam ni terasa penat berjalan selama 4hari masa disana berjalan saja...penat pun belum hilang lagi. Nak kasi badan rehat betul-betul dulu baru nak keluar.  

Mr.hubby lak tak ada pergi tengok badminton ada game Finland International Open hari ni. Team Malaysia pun ada join. Saya malas nak ikut pergi tgk baik saya  dok umah dapat jugalah update blog ni untuk simpanan kenangan saja semua gambar yang dirakam ni. Dalam masa yang sama boleh juga buat rujukan pada mereka yang nak ke Amsterdam ni..mana tau dapat jugalah serba sedikit info tempat-tempat yg boleh dilawati nanti. Sekadar untuk berkongsi pengalaman saja.

Oklah cerita kali ni masih lagi pada hari pertama kami sampai disana. Lepas abis naik canal cruise tu kami ke Dam square pula. Bersebelahan dengan dam square ni ada madame tussauds. Kebetulan dah ada ticket yg dibeli bersama dengan holland pass tu kami masuk jer lah sini terus. Kira pada hari pertama ni kami disini abiskan masa berjalan dikawasan bandar Amsterdam sajalah.

 antara cenderahari yang dijual..saya suka sangat bunga tulip ni. tak dapat bawa blk bunga original bawa blk bunga kayu gini pun jadi lah:D

 bergambar bersama isteri TYT duta yang turut sama.

 macam-macam cara org sini cari duit...dia suruh saya kasi dia duit baru boleh ambik gambar tu sebab dia tutup muka tak kasi ambil gambar ni.
 suka tgk gelagat budak-budak remaja yg kasi burung ni makan..jinak-jinak burung kat sini.

 siap baring lagi main dgn burung ni
 ramai juga org pada waktu petang gini..hari ni lak hari sabtu ramailah juga yang keluar bersiar-siar ni.
 macam-macam gaya dan fesyen ada....semua ni buat show nk minta org kasi duit la.

 masuk dalam madame tussauds pulak....
patung  puteri Diana...hmmm..sama tapi serupa jer ni. Mcm mana hebat pun manusia boleh buat bentuk fizikal dan rupa manusia tapi tak boleh bagi nyawa juga. Kuasa Allah juga yang hebat.

 Oprah
 bersama DJ..tak tau siapa DJ ni..semua ni patung yg dibuat sama mcm org cuma tak ada nyawa saja.
 micheal jackson pun ada...
 posing jap kat bilik Barack Obama ni..D
 view dari atas madame tussauds

 kedai untuk shopping...kat kawasan sinilah yang saya jalan sorang-sorang pada hari terakhir disana..ramai juga org pada setiap ptng.

 tempat parking basikal


 permandangan di petang hari yang indah...subhanallah cantik sgt.

 kawasan ni berhadapan dengan hotel yang kami duduk

 banyak betul basikal kat sini...basikal merupakan pengangkutan utama di Amsterdam ni
 basikal di hadapan bangunan hotel kami
view pada waktu malam pula ni.  dah abis jalan-jalan waktu petang tu kami pun balik semula ke hotel untuk rehatkan badan sekejap dan selepas saya solat jamak maghrib isyak kami keluar pula untuk pergi dinner.
 destinasi makan malam kami hari tu ke restoran Malaysia disini. Memang menarik bila jumpa restoran ni sebab tak jauh sangat dari tempat hotel kami. Cuma berjalan kaki saja dah sampai...itupun kena tengok map jugalah sebab belum pernah sampai ke sini lagi sebelum ni.

 saya makan k/teow goreng ni dan satay saja
 boleh tahan juga sedap satay ni..terubat jugalah rindu nk mkn satay Malaysia kan. 
 Alhamdulillah kenyang sudah....makanan kat sini semua halal..ada org melayu Malaysia yg keja sini. Masa kami makan tu ada juga org melayu yang datang melancong dari Malaysia tgh makan kat sini. 
 dah abis dinner tu kami jalan-jalan kawasan red light district pula...kebetulan dah dekat sangat dengan restoran ni kami jalan jer lah. Memang tempat ni terkenal dengan kawasan pelacur. dari sini boleh tgk negara ni terlalu bebas .


  dah abis pusing tu kami terus ke hotel..gambar ni bangunan station train yang terletak bersebelahan saja denga hotel yang kami bermalam.
day 2... permandangan di waktu pagi di kawasan bandar.


 Bersambung pada cerita ditempat yang lain pula nanti..InsyaAllah:D

9 comments:

  1. obama senyum je tengok nieza duk kat meja dia :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya tengok gambar2 ni..seronok lagi bila berada di sana kan?

    ReplyDelete
  3. Salam akak! Sihat? Mesti penat jln2 x hilang lg. Tgk gambar akk tringt pulak masa sy jln sana dulu. Masih sama tmptnya x berubah kan. Tp memangkan kat europe byk patung2 cari mkn. Sy x smpt pegi kaukenhof tu masa x cukup. Mula2 tengok benih tulip sy ingt pokok bawang. Hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam.. Seronoknya tengok Nieza berjalan2 di perantauan.. Nice pics!!

    ReplyDelete
  5. hihihi tak tau pon kat situ ada restoren melayu..rugi betul..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Kiranya Amsterdam ni kurang la jem ye, sb mereka suka berbasikal, mcm Jepun.
    Patong Oprah tu zmn muda dia, tak nmpk real sgt.
    Gambar2 bangunan dia nmpk antik kan nieza?

    ReplyDelete
  7. owwhhh.. seronok nya jalan2 sana.. kami tak lama kat amsterdam aritu.. singgah kejap je amik foto2.. huwaaaa, tulip pon tak dapat tengok sbb pi time summer..!!! tumpang tengok sini je la...

    ReplyDelete
  8. Memang macam nampak macam hiduplah patung2 tu Nieza, merpatinya pula comel2... tapi jinak2 merpati kan... seronok dapat gambar dengan TYT tu ye Nieza.

    ReplyDelete
  9. banyak basikal ye.klu kt mesia banyak kereta la..huhu..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers